TARIAN CERACAP INAI
Tarian ini ada hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian ini terkenal di Kampung Baru Lenga, batu 28, Lenga di Daerah Muar. Mempunyai unsur-unsur 'sembah/ampun merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'raja sehari/pengantin. Ditarikan oleh bilangan penari dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja. Bilangan penari biasanya terdiri dari 5-8 orang.
TARIAN ZAPIN LENGA
Tarian ini cukup popular di Negeri Johor. Berasal dari Kampung Baru Lenga, Batu 28 di Daerah Muar yang berunsurkan Timur Tengah dan diiringi muzik berirama padang pasir.
TARIAN ZAPIN PARIT MASTAR
Tarian Zapin ini berasal dari Kg. Parit Mastar, Pontian Johor. Zapin ini mempunyai keunikan tersendiri pada gaya persembahan, pergerakan tari yang melibatkan langkah-langkah maju-mundur, kuak kaki dan goyangan pinggul yang diakibatkan dari pergerakan kuak kaki dan lutut.
TARIAN KETAM BANGKANG
Tarian Ketam Bangkang (Yok Sang dalam bahasa asli seletar) adalah merupakan tarian persembahan kesenian orang asli 'seletar' yang tinggal di perkampungan Bakar Batu, Johor Bahru. Tarian Ini merupakan turun temurun warisan asli seletar ini telah diilhamkan dan dihasilkan daripada aktiviti harian dan pekerjaan mereka dilaut, dimana mereka akan tinggal didalam sampan sambil menjalani kehidupan serta menangkap ikan, mencari ketam,kupang dan kepah. Sambil membuat pekerjaan tersebut, mereka akan menyanyi serta menari dalam keadaan gembira. Setiap langkah atau gerak tari tarian tersebut, diguna dan diadaptasi dari alam semulajadi dilautan.
TARIAN MASRI
Tarian ini mempunyai pengaruh dari tarian Arab dan elemen muzik dari timur tengah. namun begitu ianya telah digubah dan diolah agar ianya bersesuaian dengan budaya orang Melayu Malaysia khususnya penduduk di Negeri Johor.
JENIS TARIAN NEGERI JOHOR
© 202by Salsa Studioby.created by nina zain jkkn johor 25/11/2014